TIP LORI SEWA / SEWA LORI

As salamualaikum.

Manusia ada banyak ragam dan perangan. rambut sama hitam hati lain-lain.
Penipuan sering berlaku dimana-mana.

Dalam kes sewa lori juga sentiasa ada..

  • Pelanggan menipu Lori sewa
  • Lori sewa menipu pelanggan

PELANGGAN:
  1. Cari lori sewa dengan harga yang berpatutan.
  2. Minta sebut harga destinasi,pekerja kalau mahu pekerja dan lain-lain caj.
  3. Kalau setuju minta sebut harga dalam hitam putih...wassup/msg.
  4. Barang-barang ( contoh untuk pindah) sudah bersedia. Sudak masuk dalam kotak sudah susun elok di kawasan ruang tamu/ depan rumah.
  5. Tugas pekerja lori hanya mudahkan pelanggan mengangkat barang berat bukan tolong mengemas rumah.
  6. Pastikan anda menyatakan dengan jelas apa yang anda inginkan contoh lori sewa sahaja/ lori sewa bersama perkerja/ lori sewa bersama pekerja dan lain-lain servis
LORI SEWA:
  1. Mesti jujur dengan pelanggan. Tiada caj yang merapu setelah servis di berikan
  2. Jika pelanggan ingin lori sahaja, maka servis yang diberi hanya lori sahaja.
  3. Sentiasa bertolak ansur dengan pelanggan.

MASALAH ANTARA PELANGGAN DAN LORI SEWA
  • Tidak bayar penuh seperti yang dijanjikan
  • Barang tidak bersedia untuk berpindah
  •  Lori sewa yang kotor
  • Lori sewa tidak seperti yang diinginkan pelanggan( janji 3 tan tapi yang datang 1 tan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan